KONSEP PEMIKIRAN, PEMIKIRAN KONVERGEN, PEMIKIRAN DIVERGEN,
PEMIKIRAN MENEGAK
DISEDIAKAN OLEH : MAZNAH BT KAMARUDDIN
KONSEP PEMIKIRAN
Pemikiran merupakan proses membina
ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa
berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami ransangan luar yang
diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas
berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Dr. Ragbir Kaur dalam
bukunya Panduan Ilmu pendidikan Untuk DPLI Psikologi, menerangakan bahawa,
pemikiran adalah konsep yang merangkumi ciri-ciri tersebuat:
I)
Ia berlaku di dalam otak seseorang individu
II) Ia berlaku kerana terdapatnya ransangan
apabila individu berasa curiga atau berhadapan dengan sesuatu masalah.
III)
Ia berlaku seperti sesuatu proses yang
mengikut prosedur-prosedur spesifik.
IV) Ia adalah aktiviti kognitif yang bertindak
balas atas ransangan yang diterima oleh limapancaindera dan ingatan kembali
daripada pengalaman dan
V)
Ia mentafsirkan pelbagai ransangan dengan
membuat penilaian, keputusan dan penyelesaian masalah.
Oleh
yang demikian, tujuan utama proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan
dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid-murid. Untuk
mencari keputusan yang rasional seseorang individu itu perlu berfikir
menggunakan akal dan otak.Ia adalah aktiviti mental yang penting dalam proses
penyelesaian masalah. Ia boleh juga ditafsirkan sebagai kebolehan otak dalam
pelbagai kemahiran berfikir. Ketika berfikir, otak bertindak dengan usaha untuk
memahami ransangan-ransangan luar yang diterima oleh deria. Kemudian, otan
menukar ransangan-ransangan yang diterima dalam bentuk konsep, membuat tafsiran
dan bertindak balas berdasarkan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam
ingatan.
Terdapat
banyak teori dan definisi pemikiran yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli
psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20. Teori dan definisi tokoh-tokoh
tersebut dihuraikan secara ringkas seperti berikut:
Dewey
(1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guilford (1967) menyatakan bahawa
pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan otak manusia yang
menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kananannya
berfikir secara kreatif. Mayor (1977) mentafsirkan memikiran sebagai
pengelolaan operasi-operasi mental dalam system kognitif dan digunakan untuk
menyelesaikan masalah. Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan
simbol, gambar, perkataan, pengamatan
dan konsep. Melalui pemikiran, ransangan luar yang diterima oleh deria akan
ditafsirkan dengan penggunaan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep
terhadap ransangan tersebut. Vincent Rejan Ruggiero (1984) mendefinisikan
pemikiran sebagai aktiviti mental yang digunakan untuk membentuk atau
menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat keputusan atau memuaskan sesuatu
hasrat memperoleh jawapan. John Barell (1991) menjelaskan pemikiran sebagai proses
mencari makna serta mencapai keputusan yang wajar. Beyer (1991) memberi erti
pemikiran sebagai operasi mental terhadap input deria dfengan menggunakan
maklumat dalam ingatan untuk menaakul, mengadaptasi dan mengasimilasinya dengan
tujuan membentuk sesuatu makna. Akhir sekali, Wiliam W. Wilen (1994)
mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas secarasedar atau
tidak segar, terhadap ransanga luar yang diterima melalui deria. Di melalui proses pemadaman, berbanding dan
klasifikasi denagn maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan.
CIRI-CIRI
PEMIKIRAN
Berdasarkan teori-teori pemikiran oleh beberapa orang tokoh psikologi, maka ciri-ciri pemikiran dapat dirumuskan sperti berikut:
§ Pemikiran
berlaku kerana kewujudan ransangan, khasnya semasa keraguan dan masalah itu
muncul.
§ Pemikiran
berlaku di dalam minda sesorang.
§ Ciri
proses pemikiran merupakan aktiviti kognitif yang berlaku ke atas ransangan
yang diterima dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
§ Pemikiran
merupakan usaha seseorang individu yang sedang cuba mencari, memahami,
mengadaptasi dan mengasimilasinya sebagai tindak balas terhadap ransangan yang
diterima pada ketika itu.
§ Tujuan
seseorang itu berfikir ialah mentafsir ransangan dengan membuat pertimbangan
dan keputusan serta refleksi yang rasional terhadapnya atau menyelesaikan
masalah yang dihadapinya.
Oleh itu, Tujuan utama
proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia
melibatkan aktiviti mental murid-murid. Proses pemikiran dan uasaha oleh otak
adalah untuk mencari keputusan rasional. Jadi aktiviti mental yang penting
dalam proses penyelesaian masalah. Pemikiran juga boleh diertikan sebagai
kebolehan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Semasa berfikir, otak
bertindak dengan uasaha untuk memahami ransangan-ransangan-ransangan luar yang
diterima oleh deria. Selepas itu, otak menukar ransangan-ransangan luar yang
diterima oleh deria. Selepas itu otak menukar ransangan-ransangan ini ke dalam
bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Terdapat pelbagai jenis
pemikiran yang telah dikenalpasti oleh ahli-ahli psikologi sehingga kini.
Secara amnya, jenis-jenis pemikiran ini bolehlah digolongkan dalam tiga konsep
yang berlainan dan biasanya dilihat daripada perspektif situasi, perspektif
situasi, perspektif perkembangan dan perspektif daya intelek.
PEMIKIRAN
KONVERGEN:
Mengikut Free Dictionary, pemikiran konvergen dimaksudkan
sebagai pemikiran yang membawa maklumat yang bertumpu kepada penyelesaian
sesuatu masalah. Pemikiran konvergen juga dikenali sebagai pemikiran tertumpu
atau berpandu. Pemikiran konvergen terdiri daripada satu proses yang
menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema yang tertentu dalam
satu struktur yang tersusun dan yang boleh difahami.
Pemikiran konvergen menjuruskan kepada satu penyelesaian
sahaja, dan digunkan dengan kerap dalam penyelesaian ujian-ujian anika jawapan.
Pemikiran ini sesuai untuk mata pelajaran sains, matematik dan teknologi.
Soalan-soalan konvergen terdiri daripada
solan-soalan yang dapat menganalisiskan satu sumber maklumat. Kebiasaannya,
solan-soalan konvergen terdiri daripada soalan-soalan yang bermula dengan
perkataan: Mengapa, atau dalam cara apa…?
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab
soalan-soalan di atas ialah menerangkan, menyatakan, membandingkan serta
membezakan. Guru-guru harus menggalakkan pemikiran konvergen kerana dalam
pemikiran ini. Murid-murid membuat pilihan daripada banyak
jawapan/respon/alternatif-alternatif yang berbeza.
Murid-murid yang pandai mengamalkan pemikiran konvergen
ialah mereka yang dapat mengintergrasikan maklumat daripada pelbagai
sumber yang membentuk satu penyelesaian
yang betul. Oleh yang demikian, pemikiran konvergen sangat sesuai diaplikasikan
dalam mata pelajaran sains. Pemikiran ini juga banyak diuji dalam
peperiksaan-pperiksaan awam.
CARA-CARA
MENINGKATKAN PEMIKIRAN KONVERGEN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru harus memberi soalan-soalan tertutup yang menekankan
satu jawapan/cadangan/cara penyelesaian sahaja. Guru juga boleh menggunkan
aktiviti pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan lengkap. Guru harus
tumpukan pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan teknikal.Guru juga boleh
menggunakan teknik penyoalan tertutup tau berstruktur. Guru boleh menggunakan
kaedah induktif dan deduktif untuk menggalakkan pemikiran konvergen. Seterusnya
guru boleh memberikan soalan-soalan berasaskan peraturan atau konsep-konsep
tertentu untuk memperoleh jawapan yang tepat.
PEMIKIRAN
DIVERGEN
Menurut kajian ahli-ahli psikologi, pemikiran divergen
boleh diertikan sebagai pemikiran kreatif. Hal
ini kerana, pemikiran divergen sering kali digunakan untuk menghasilkan
kreativiti. Pemikiran divergen memerlukan seseorang berfikir secara kreatif
terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai.
Dalam proses pemikiran divergen, individu yang berkenaan
tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada, tetapi
berfikir secara kreatif untuk mencari idea baru yang sesuai untuk
menyelesaiakan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Oleh itu, pemikiran
divergen ini pula sebagai pemikiran lateral tau mendatar, atau pemikiran
bercapah. Biasanya, pemikiran divergen menggunakan untur intuisi dan celik akal
supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan
luar biasa.
Melalui pemikiran divergen, idea-idea yang telah dibahagikan
kepada unit-unit yang lebih kecil dususun semula dalam satu struktur yang
sistematik dengan menggunakan satu lagi jenis pemikiran iaitu pemikiran
konvergen. Pemikiran divergen jarus berlaku dalam persekitaran yang spontan dan
murid-murid harus diberi peluang untuk mengeluarkan idea-idea tanpa apa-apa
sekatan.
Beberapa contoh tajuk-tajuk analisis kendiri yang boleh
dikemukakan oleh guru-guru untuk menggalakkan pemikiran divergen dalam kalangan
murid ialah
a) Apa yang mengganggu saya?
a) Apa yang mengganggu saya?
b) Apakah perubahan yang
saya inginkan dalam hidup saya?
c) Apakah yang penting
mengenai sesuatu?
Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh di kemukakan oleh
guru-guru dalam pengajaran untuk menggalakkan pemikiran divergen ialah seperti
berikut:
a) Bagaimana
anda menerengkan sesuatu?
b) Apakah
yang menyebabkan sesuatu?
c) Apakah
yang penting mengenai sesuatu?
CARA-CARA MENINGKATKAN PEMIKIRAN
DIVERGEN
Untuk menggalakkan pemikiran divergen,
guru-guru harus sentiasa menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik
darjah. Pemikiran divergen ini lebih sesuai digunakan dalam bidang sastera dan
humanistik. Cara-cara yang boleh digunakan
oleh guru-guru untuk menggalakkan pemikiran divergen dalam kalangan murid-murid adalah sperti berikut:
oleh guru-guru untuk menggalakkan pemikiran divergen dalam kalangan murid-murid adalah sperti berikut:
i)
Sumbangsaran
Sumbangsaran ialah satu
teknik yang melibatkan penjanaan senarai idea-idea dalam keadaan kreatif dan
tidak bersturktur. Matlamat utama teknik sumbangsaran adalah untuk menjana
idea-idea spontan daripada ahli-ahli kumpulan untuk sesuatu topik dalam satu
jangkamasa yang pendek.
Kunci kepada teknik sumbangsaran
ialah penggunaan sesuatu idea untuk menjana idea-idea kreatf yang lain. Dalam
sesuatu sesi sumbangsaran, semua idea-idea direkodkan dan tiada idea yang
dikritik atau diketepikan. Selepas satu senarai idea yang panjang telah dijana,
ahli-ahli kumpulan boleh menilai
idea-idea tersebut semula dan mengkritik kesahihan idea-idea tersebut.
ii)
Menyimpan jurnal
Jurnal adalah satu cara yang
efektif untuk merekod idea-idea yang difikirkan oleh murid-murid secara
spontan. Dengan menyimpan jurnal, murid-murid boleh mencipta koleksi pemikiran
untuk pelbagai subjek yang kemudiannya menjadi satu rujukan untuk sumber
idea-idea.
Dengan menyimpan jurnal,
murid-murid boleh menggunakan idea-idea di dalamnya pada masa-masa yang
berlainan, khasnya, apabila mereka menyusun bahan-bahan di peringkat para
penulisan.
iii)
Penulisan Bebas
Apabila menulis secra bebas,
murid akan memberi tumpuan kepada sesuatu topik dan menulis secara berterusan
untuk satu jangka masa yang pendek. Idea utamanya adalah untuk menulis apa jua
yang timbul dalam minda murid-murid tentang sesuatu topik, tanpa berhenti untuk menyemak atau mengubah penulisan.
Kaedah ini boleh membantu
murid-murid menjana pelbagai fikiran tentang sesuatu topic\k dalam jangka masa
yang pendek, yang kemudiannya diolah mengikut satu susunan yang tertentu.
iv) Pemetaan Subjek Atau Minda
Pemetaan minda atau subjek
melibatkan idea-idea yang disambungsaran dalam bentuk peta visual atau gambar
yang menunjukkan hubungan di antara idea-idea. Murid-murid bermula dengan idea
atau topik utama, kemudian membuat cabang ranting kepada idea-idea yang
mencerminkan aspek-aspek yang lain tentang idea pokok atau idea utama.
Murid mencipta imej visual
atau “peta” topik yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk membina sesuatu
topik dengan lebih lanjut. Misalnya, sesuatu topik mempunyai cabagng-cabang
yang berbeza (sub-topik) dan setiap sub-topik mempunyai cabang-cabang
yang tersendiri (sub topik kepada
sub-topik)
Aktiviti seperti ini
melibatkan kedua-dua pemikiran konvergen dan divergen. Oleh yang demikian,
guru-guru perlu menggabungkan kedua-dua pemikiran konvergen dan divergen di
dalam aktiviti kemahiran berfikir di dalam bilik darjah.
PEMIKIRAN MENEGAK
Pemikiran menegak juga dikenali “vertical
thinking”. Mengikut Dr. Edward De Bono, penikiran ini menggunakan proses-proses
akal yang tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Antara
ciri-ciri pemikiran menegak adalah seperti berikut:
i)
Dalam pemikiran menegak , murid-murid mesti
betul dan tepat dalam setiap langkah.
ii)
Dalam kategori pemikiran menegak, klafikasi
dan label adalah tetap
iii)
Dalam pemikiran menegak, seseorang itu mesti
betul setiap masa
iv)
Pemikiran menegak mengikut urutan yang
spesifik
v)
Pemikiran menegak menumpukan kepada apa jua
yang relevan.
Kalangan yang berpemikiran menegak akan memfokus kepada satu idea atau
penyelesaian sebagai jawapan yang betul, serta membuat penerokaan ke atasnya secara
lebih mendalam dan terperinci. Kalangan yang berpemikiran menegak boleh
mempertimbangkan perkaitan antara sesuatu atau idea, yang membantu mereka
memahami sesuatu idea dengan baik lalu menggunakan idea itu dalam situasi tertentu
secara berkesan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan secara baik dan berkesan.
Kalangan yang berpemikiran menegak akan memfokus kepada satu idea atau
penyelesaian sebagai jawapan yang betul, serta membuat penerokaan ke atasnya secara
lebih mendalam dan terperinci. Kalangan yang berpemikiran menegak boleh
mempertimbangkan perkaitan antara sesuatu atau idea, yang membantu mereka
memahami sesuatu idea dengan baik lalu menggunakan idea itu dalam situasi tertentu
secara berkesan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan secara baik dan berkesan.
KESIMPULAN
Pemikiran
menyumbang kepada sesuatu penyampaian maklumat kepada individu lain atau sesam
manusia. Manusia itu adalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada
berfikir. Namun begitu, pemikiran itu yang membezakan sesama mereka. Pemikiran
matang dan professional adalah pemikiran yang disesuaikan dengan sesuatu
keadaan dan persekitaran komunikasi. Hal ini mampu menjaga hasil atau
keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat. Hal yang demikian mampu mengelakkan
sesuatu masalah timbul yang akan menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat
seperti salah faham, ketidakpercayaan, bersikap tertutup dan sebagainya.
Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusia mampu ditangani dengan
bijak dari segi penggunaannya. Sebagai pendidik guru harus bijak mengaplikasikan pelbagai jenis pemikiran dalam aktiviti pembelajaran demi untuk melahirkan anak didik yang serba boleh dan celik akal.
BIBILIOGRAFI
Rujukan daripada Buku Ilmiah
Dr. Ragbir Kaur
Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu
Pendidikan Untuk DPLI
Psikologi. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mook Soon Sang.
(2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus
Diploma Pergurua Semester 1. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman. Sdn Bhd.
Mook Soon Sang.
(2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus
Diploma Pergurua Semester 2. Subnag Jaya:
Kumpulan Budiman. Sdn Bhd.
Sharifah Alwiah
Alsagof. (1987). Psikologi Pendidikan II.Selangor:
Longman Malaysia. Sdn. Bhd.
Rujukan daripada sumber Internet
http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran•
No comments:
Post a Comment