Thursday 30 August 2012

KONSEP PEMIKIRAN , PEMIKIRAN KONVERGEN, PEMIKIRAN DIVERGEN, PEMIKIRAN MENEGAK



KONSEP PEMIKIRAN, PEMIKIRAN KONVERGEN, PEMIKIRAN DIVERGEN, 
PEMIKIRAN MENEGAK
DISEDIAKAN OLEH : MAZNAH BT KAMARUDDIN


KONSEP PEMIKIRAN 
            Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami ransangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Dr. Ragbir Kaur dalam bukunya Panduan Ilmu pendidikan Untuk DPLI Psikologi, menerangakan bahawa, pemikiran adalah konsep yang merangkumi ciri-ciri tersebuat:
I)             Ia berlaku di dalam otak seseorang individu
II)  Ia berlaku kerana terdapatnya ransangan apabila individu berasa curiga atau berhadapan dengan sesuatu masalah.
III)           Ia berlaku seperti sesuatu proses yang mengikut prosedur-prosedur spesifik.
IV)   Ia adalah aktiviti kognitif yang bertindak balas atas ransangan yang diterima oleh limapancaindera dan ingatan kembali daripada pengalaman dan
V)           Ia mentafsirkan pelbagai ransangan dengan membuat penilaian, keputusan dan penyelesaian masalah.
Oleh yang demikian, tujuan utama proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid-murid. Untuk mencari keputusan yang rasional seseorang individu itu perlu berfikir menggunakan akal dan otak.Ia adalah aktiviti mental yang penting dalam proses penyelesaian masalah. Ia boleh juga ditafsirkan sebagai kebolehan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Ketika berfikir, otak bertindak dengan usaha untuk memahami ransangan-ransangan luar yang diterima oleh deria. Kemudian, otan menukar ransangan-ransangan yang diterima dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Terdapat banyak teori dan definisi pemikiran yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20. Teori dan definisi tokoh-tokoh tersebut dihuraikan secara ringkas seperti berikut:
Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guilford (1967) menyatakan bahawa pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kananannya berfikir secara kreatif. Mayor (1977) mentafsirkan memikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam system kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah. Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan,  pengamatan dan konsep. Melalui pemikiran, ransangan luar yang diterima oleh deria akan ditafsirkan dengan penggunaan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap ransangan tersebut. Vincent Rejan Ruggiero (1984) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang digunakan untuk membentuk atau menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat keputusan atau memuaskan sesuatu hasrat memperoleh jawapan. John Barell (1991) menjelaskan pemikiran sebagai proses mencari makna serta mencapai keputusan yang wajar. Beyer (1991) memberi erti pemikiran sebagai operasi mental terhadap input deria dfengan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk menaakul, mengadaptasi dan mengasimilasinya dengan tujuan membentuk sesuatu makna. Akhir sekali, Wiliam W. Wilen (1994) mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas secarasedar atau tidak segar, terhadap ransanga luar yang diterima melalui deria. Di  melalui proses pemadaman, berbanding dan klasifikasi denagn maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN

           Berdasarkan teori-teori pemikiran oleh beberapa orang tokoh psikologi, maka ciri-ciri pemikiran dapat dirumuskan sperti berikut:
§  Pemikiran berlaku kerana kewujudan ransangan, khasnya semasa keraguan dan masalah itu muncul.
§  Pemikiran berlaku di dalam minda sesorang.
§  Ciri proses pemikiran merupakan aktiviti kognitif yang berlaku ke atas ransangan yang diterima dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
§  Pemikiran merupakan usaha seseorang individu yang sedang cuba mencari, memahami, mengadaptasi dan mengasimilasinya sebagai tindak balas terhadap ransangan yang diterima pada ketika itu.
§  Tujuan seseorang itu berfikir ialah mentafsir ransangan dengan membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang rasional terhadapnya atau menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Oleh itu, Tujuan utama proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid-murid. Proses pemikiran dan uasaha oleh otak adalah untuk mencari keputusan rasional. Jadi aktiviti mental yang penting dalam proses penyelesaian masalah. Pemikiran juga boleh diertikan sebagai kebolehan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Semasa berfikir, otak bertindak dengan uasaha untuk memahami ransangan-ransangan-ransangan luar yang diterima oleh deria. Selepas itu, otak menukar ransangan-ransangan luar yang diterima oleh deria. Selepas itu otak menukar ransangan-ransangan ini ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. 

JENIS-JENIS PEMIKIRAN




Terdapat pelbagai jenis pemikiran yang telah dikenalpasti oleh ahli-ahli psikologi sehingga kini. Secara amnya, jenis-jenis pemikiran ini bolehlah digolongkan dalam tiga konsep yang berlainan dan biasanya dilihat daripada perspektif situasi, perspektif situasi, perspektif perkembangan dan perspektif daya intelek.

PEMIKIRAN KONVERGEN:
           Mengikut Free Dictionary, pemikiran konvergen dimaksudkan sebagai pemikiran yang membawa maklumat yang bertumpu kepada penyelesaian sesuatu masalah. Pemikiran konvergen juga dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau berpandu. Pemikiran konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan yang boleh difahami.
           Pemikiran konvergen menjuruskan kepada satu penyelesaian sahaja, dan digunkan dengan kerap dalam penyelesaian ujian-ujian anika jawapan. Pemikiran ini sesuai untuk mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Soalan-soalan  konvergen terdiri daripada solan-soalan yang dapat menganalisiskan satu sumber maklumat. Kebiasaannya, solan-soalan konvergen terdiri daripada soalan-soalan yang bermula dengan perkataan: Mengapa, atau dalam cara apa…?
           Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan-soalan di atas ialah menerangkan, menyatakan, membandingkan serta membezakan. Guru-guru harus menggalakkan pemikiran konvergen kerana dalam pemikiran ini. Murid-murid membuat pilihan daripada banyak jawapan/respon/alternatif-alternatif yang berbeza.
           Murid-murid yang pandai mengamalkan pemikiran konvergen ialah mereka yang dapat mengintergrasikan maklumat daripada pelbagai sumber  yang membentuk satu penyelesaian yang betul. Oleh yang demikian, pemikiran konvergen sangat sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran sains. Pemikiran ini juga banyak diuji dalam peperiksaan-pperiksaan awam.

CARA-CARA MENINGKATKAN PEMIKIRAN KONVERGEN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

           Guru harus memberi soalan-soalan tertutup yang menekankan satu jawapan/cadangan/cara penyelesaian sahaja. Guru juga boleh menggunkan aktiviti pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan lengkap. Guru harus tumpukan pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan teknikal.Guru juga boleh menggunakan teknik penyoalan tertutup tau berstruktur. Guru boleh menggunakan kaedah induktif dan deduktif untuk menggalakkan pemikiran konvergen. Seterusnya guru boleh memberikan soalan-soalan berasaskan peraturan atau konsep-konsep tertentu untuk memperoleh jawapan yang tepat.

PEMIKIRAN DIVERGEN
           Menurut kajian ahli-ahli psikologi, pemikiran divergen boleh diertikan sebagai pemikiran kreatif. Hal  ini kerana, pemikiran divergen sering kali digunakan untuk menghasilkan kreativiti. Pemikiran divergen memerlukan seseorang berfikir secara kreatif terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai.
           Dalam proses pemikiran divergen, individu yang berkenaan tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada, tetapi berfikir secara kreatif untuk mencari idea baru yang sesuai untuk menyelesaiakan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Oleh itu, pemikiran divergen ini pula sebagai pemikiran lateral tau mendatar, atau pemikiran bercapah. Biasanya, pemikiran divergen menggunakan untur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
           Melalui pemikiran divergen, idea-idea yang telah dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil dususun semula dalam satu struktur yang sistematik dengan menggunakan satu lagi jenis pemikiran iaitu pemikiran konvergen. Pemikiran divergen jarus berlaku dalam persekitaran yang spontan dan murid-murid harus diberi peluang untuk mengeluarkan idea-idea tanpa apa-apa sekatan.
           Beberapa contoh tajuk-tajuk analisis kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru-guru untuk menggalakkan pemikiran divergen dalam kalangan murid ialah 
a) Apa yang mengganggu saya?
b) Apakah perubahan yang saya inginkan dalam hidup saya?
c) Apakah yang penting mengenai sesuatu?
           Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh di kemukakan oleh guru-guru dalam pengajaran untuk menggalakkan pemikiran divergen ialah seperti berikut:
a)    Bagaimana anda menerengkan sesuatu?
b)    Apakah yang menyebabkan sesuatu?
c)    Apakah yang penting mengenai sesuatu?

CARA-CARA MENINGKATKAN PEMIKIRAN DIVERGEN
  Untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru-guru harus sentiasa menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah. Pemikiran divergen ini lebih sesuai digunakan dalam bidang sastera dan humanistik. Cara-cara yang boleh digunakan
oleh guru-guru untuk menggalakkan pemikiran divergen dalam kalangan murid-murid adalah sperti berikut:
i)             Sumbangsaran
Sumbangsaran ialah satu teknik yang melibatkan penjanaan senarai idea-idea dalam keadaan kreatif dan tidak bersturktur. Matlamat utama teknik sumbangsaran adalah untuk menjana idea-idea spontan daripada ahli-ahli kumpulan untuk sesuatu topik dalam satu jangkamasa yang pendek.
Kunci kepada teknik sumbangsaran ialah penggunaan sesuatu idea untuk menjana idea-idea kreatf yang lain. Dalam sesuatu sesi sumbangsaran, semua idea-idea direkodkan dan tiada idea yang dikritik atau diketepikan. Selepas satu senarai idea yang panjang telah dijana, ahli-ahli kumpulan  boleh menilai idea-idea tersebut semula dan mengkritik kesahihan idea-idea tersebut.
ii)            Menyimpan jurnal
Jurnal adalah satu cara yang efektif untuk merekod idea-idea yang difikirkan oleh murid-murid secara spontan. Dengan menyimpan jurnal, murid-murid boleh mencipta koleksi pemikiran untuk pelbagai subjek yang kemudiannya menjadi satu rujukan untuk sumber idea-idea.
Dengan menyimpan jurnal, murid-murid boleh menggunakan idea-idea di dalamnya pada masa-masa yang berlainan, khasnya, apabila mereka menyusun bahan-bahan di peringkat para penulisan.
iii)           Penulisan Bebas
Apabila menulis secra bebas, murid akan memberi tumpuan kepada sesuatu topik dan menulis secara berterusan untuk satu jangka masa yang pendek. Idea utamanya adalah untuk menulis apa jua yang timbul dalam minda murid-murid tentang sesuatu topik, tanpa berhenti untuk menyemak atau mengubah penulisan.
Kaedah ini boleh membantu murid-murid menjana pelbagai fikiran tentang sesuatu topic\k dalam jangka masa yang pendek, yang kemudiannya diolah mengikut satu susunan yang tertentu.

iv)           Pemetaan Subjek Atau Minda
Pemetaan minda atau subjek melibatkan idea-idea yang disambungsaran dalam bentuk peta visual atau gambar yang menunjukkan hubungan di antara idea-idea. Murid-murid bermula dengan idea atau topik utama, kemudian membuat cabang ranting kepada idea-idea yang mencerminkan aspek-aspek yang lain tentang idea pokok atau idea utama.
Murid mencipta imej visual atau “peta” topik yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk membina sesuatu topik dengan lebih lanjut. Misalnya, sesuatu topik mempunyai cabagng-cabang yang berbeza (sub-topik) dan setiap sub-topik mempunyai cabang-cabang yang  tersendiri (sub topik kepada sub-topik)
Aktiviti seperti ini melibatkan kedua-dua pemikiran konvergen dan divergen. Oleh yang demikian, guru-guru perlu menggabungkan kedua-dua pemikiran konvergen dan divergen di dalam aktiviti kemahiran berfikir di dalam bilik darjah.

PEMIKIRAN MENEGAK
     Pemikiran menegak juga dikenali “vertical thinking”. Mengikut Dr. Edward De Bono, penikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Antara ciri-ciri pemikiran menegak adalah seperti berikut:
i)             Dalam pemikiran menegak , murid-murid mesti betul dan tepat dalam setiap langkah.
ii)            Dalam kategori pemikiran menegak, klafikasi dan label adalah tetap
iii)           Dalam pemikiran menegak, seseorang itu mesti betul setiap masa
iv)           Pemikiran menegak mengikut urutan yang spesifik
v)            Pemikiran menegak menumpukan kepada apa jua yang relevan.

Kalangan yang berpemikiran menegak akan memfokus kepada satu idea atau
penyelesaian sebagai jawapan yang betul, serta membuat penerokaan ke atasnya secara
lebih mendalam dan terperinci. Kalangan yang berpemikiran menegak boleh
mempertimbangkan perkaitan antara sesuatu atau idea, yang membantu mereka
memahami sesuatu idea dengan baik lalu menggunakan idea itu dalam situasi tertentu
secara berkesan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan secara baik dan berkesan. 

KESIMPULAN

Pemikiran menyumbang kepada sesuatu penyampaian maklumat kepada individu lain atau sesam manusia. Manusia itu adalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada berfikir. Namun begitu, pemikiran itu yang membezakan sesama mereka. Pemikiran matang dan professional adalah pemikiran yang disesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi. Hal ini mampu menjaga hasil atau keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat. Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang akan menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah faham, ketidakpercayaan, bersikap tertutup dan sebagainya. Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusia mampu ditangani dengan bijak dari segi penggunaannya. Sebagai pendidik guru harus bijak mengaplikasikan pelbagai jenis pemikiran dalam aktiviti pembelajaran demi untuk melahirkan anak didik yang serba boleh dan celik akal. 


BIBILIOGRAFI
                Rujukan daripada Buku Ilmiah
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk                               DPLI Psikologi. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.          

Mook Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma                                               Pergurua Semester 1. Subang Jaya: Kumpulan   Budiman. Sdn Bhd.

Mook Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma                                               Pergurua Semester 2. Subnag Jaya: Kumpulan    Budiman. Sdn Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagof. (1987). Psikologi Pendidikan II.Selangor: Longman                                    Malaysia. Sdn. Bhd.


Rujukan daripada sumber Internet


http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran•


http://www.authorstream.com/Presentation/farehan_hamsa-54917


 DISEDIAKAN OLEH : MAZNAH BT KAMARUDDIN
 

No comments:

Post a Comment